![Ukuran Padang Bola Baling Pdf Ukuran Padang Bola Baling Pdf](/uploads/1/2/5/3/125382049/266002338.jpg)
Rajah 1: Ukuran kawasan padang bola sepak (d) Kawasan Gol Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5m (6 ela) dari tiang gol. Scribd is the world's largest social reading and publishing site.
GELANGGANG PERMAINAN1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 m lebar, mengandungi 2 kawasan gol dan kawasan permainan (Rujuk 1.4 dan peraturan 6). Garisan tepi yang panjang dikenali sebagai Garisan Tepi dan garisan yang pendek dikenali sebagai Garisan Gol. Garisan Gol terdiri daripada garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) dan garisan kedua-dua belah tiang gol (outer goal line). Gelanggang permainan mesti mempunyai zon keselamatan berukuran sekurang-kurangnya 1 m sepanjang garisan tepi dan 2 m sepanjang Garisan Gol. Gelanggang permainan tidak boleh diubah yang mana akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pasukan.
1.2 Gol diletakkan di tengah-tengah Garisan Gol dan mestilah diletak kukuh di atas lantai atau dinding. Keluasan ruang gol ialah 2 m tinggi dan 3 m lebar. Palang gol bersambung secara mendatar dengan tiang gol dan kedudukan bahagian depan tiang gol diletakkan di atas Garisan Gol. Tiang dan palang gol mestilah berbentuk segiempat sama berukuran 8 cm dan dicat dengan dua warna yang kontra daripada latar belakang.
Biasanya warnayang digunakan ialah merah-putih atau hitam-putih. Gol mestilah dipasang dengan jaring supaya bola berada di dalam gol selepas gol dijaringkan. 1.3 Semua garisan dikira sebagai kawasan permainan dan lebar atau tebal garisan ialah 5 cm kecuali garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) ialah 8 cm.
Garisan di antara dua tiang gol (intel goal line) boleh dicat dengan warna yang berbeza dengan garisan lain. 1.4 Kawasan di depan setiap gol dikenali sebagai Kawasan Gol.
1.5 Kawasan Gol diilingkungi oleh Garisan Kawasan Gol (Garisan 6 meter) yang ditanda seperti berikut:. Satu garisan 3 meter dibuat selari dengan garisan gol berjejari 6 meter daripada setiap tiang gol. Dua suku bulatan yang berjejari 6 meter (diukur dari bahagian dalam tiang gol). Kedua-dua suku bulatan itu disambungkan dengan garisan lurus 3 meteryang selari dengan garisan gol. 1.6 Garisan Balingan Percuma (Garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang dilukis 3 meter di luar Garisan Kawasan Gol (Garisan 6 meter).
Setiap garisan putus-putus dan ruang antaranya berukuran 15 cm. 1.7 Garisan 7 meter ialah berukuran 1 meter panjang dibuat di hadapan gol.
Selari dan berjarak 7 meter dari Garisan Gol. 1.8 Garisan tengah disambung daripada titik tengah kedua-dua garisan tepi. 1.9 Garisan Pertukaran Pemain(sebahagian dari garisan tepi) dibuat 4.5 meter ke kiri dan kanan daripada garisan tengah sepanjang 15 cm ke dalam dan luar garisan tepi.
Sebelum mempelajari cara bermain bola baling, ada baiknya jika mengetahui peralatan yang diperlukan untuk permainan ini. Bola baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang, sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujung orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan. Permainan bola baling juga mempunyai beberapa peralatan yang tersendiri daripada kebanyakan sukan-sukan yang lain.
Jadi peralatan yang disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk dan jenis permainan. Padang/gelanggang Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang bersimen atau berarket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah.
Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 cm meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secar jelas dengan ukuran sebenar 5 cm.
Bola Bola yang digunakan dalam permainan bola baling adalah kecil bentuknya daripada bola sepak atau bola jarring tetapi lebih besar daripada bola takraw. Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut: 1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas).
Bola saiz 3. Berat antara 426 g hingga 475 g. Lilitan antara 58 cm sehingga 60 cm 2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun).
Bola saiz 2. Berat antara 325 g sehingga 375 g. Lilitan antaar sehingga 56 cm 3.
Remaja perempuan (8 tahun sehingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun sehingga 12 tahun). Bola saiz 1. Berat antara 290 g sehingga 330 g.
Lilitan antara 50 cm sehingga 52 cm Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.
Tiang gol Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang. Penjuru pertemuan antara tiang gol dengan palang harus dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm.
Di bahagian lain tiang gold an palang, panjang warna yang sama adalah 20 cm. Gol perlu dipasangkan dengan jarring.
Lebar kayu tiang gold an palang ialah 8 cm. Pemain dan pakaian Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain wanita terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan. Setiap pasukan bola baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 7 orang peamin gelanggang dan 5 pemain simpanan termasuk 2 orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor 1 hingga 20. Nombor 1, 12, dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.